Jihad.

*Ini dihantar kepada kami oleh Pensyarah Kanan Pengajian Islam UiTM*

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ

*KEMPEN UTAMAKAN PRODUK/BISNES MUSLIM*

*KEKANGAN PEMIKIRAN NEGATIF SEBAHAGIAN UMAT ISLAM*

๐Ÿ”ด *Tak boleh elak beli produk kafir, sebahagian besar produk dibuat oleh orang kafir.*
Ya betul. Tapi dalam kaedah fiqah โ€œtak boleh buat semua, jangan tinggal semuaโ€. Tak boleh utamakan produk/bisnes Muslim sepenuhnya, jangan langsung boikot produk Muslim. Utamakan produk/bisnes Muslim, kecuali jika tiada pilihan.

๐Ÿ”ด *Kita beli kedai Muslim tapi pembekal barangan tu kafir jugak.*
Tak apa. Sekurang-kurangnya kita sudah bantu satu golongan masyarakat Muslim iaitu pekedai/peruncit, berbanding kita langsung tak bantu mereka dengan mengutamakan kedai orang kafir. โ€œTak boleh bantu semua Muslim, jangan tak bantu semua Muslimโ€.

๐Ÿ”ด *Hangat hangat taik ayam jee tu, berapa hari sangat nak sokong produk Muslim?*
Ini ayat pelemah semangat, di samping secara tidak langsung membantu naikkan ekonomi orang kafir. Sepatutnya beri semangat umat Islam untuk terus istiqomah utamakan kedai/produk Muslim.

๐Ÿ”ด *Sudah terlambat, orang kafir sudah kuasai ekonomi Malaysia*
Sudah terlambat bukan bermakna orang Islam harus serah leher pada orang kafir untuk disembelih selamanya dalam bidang ekonomi. Tiada istilah terlambat bagi orang yang mula sedar dan mahu bertindak membaiki kelemahan.

๐Ÿ”ด *Peniaga Muslim berjaya, tak bantu orang Islam pun*
Tak semua begitu. Ramai juga peniaga Muslim yang berjaya lalu memberi sumbangan kepada masjid, sekolah, NG0, pelarian Muslim, fakir dan miskin. Ramai yang mengeluarkan zakat. Tapi kalau peniaga kafir yang berjaya adakah semua yang tersenarai tadi mendapat manfaat? Orang kafir juga tidak keluar zakat. Umat Islam dapat faedah apa dari orang kafir yang berjaya?

๐Ÿ”ด *Ramai pekerja Muslim bekerja cari rezki dengan syarikat orang kafir*
Mereka terpaksa bekerja kerana tidak berpeluang bekerja di syarikat Muslim. Tidak banyak syarikat Muslim berjaya kerana tidak disokong oleh umat Islam sendiri. Tapi kalau syarikat Muslim banyak, besar dan berjaya; maka ramai umat Islam boleh tumpang cari rezeki. Bekerja di syarikat milik umat Islam sudah tentu; nak solat senang, nak tutup aurat tak dihalang, soal halal haram terjaga dan syariat dapat dipertahan.

๐Ÿ”ด *Layanan tak bagus, produk tak kualiti, harga mahal*
Jika ada kelemahan pada produk/bisnes Muslim silakan tegur dengan ikhlas dan berhikmah. Apa salahnya beri teguran, sokongan dan dokongan pada saudara seagama demi kebaikan bersama. Nak betulkan sesama agama dan bangsa jangan bebal! Sabar dan terus istiqamah menyokong produk/bisnes Muslim, insyaAllah umat Islam akan terus gemilang!

๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ๐ŸŒฟ

*TERUSKAN JIHAD KUATKAN EKONOMI UMAT ISLAM*

Sejauhmana kempen ini akan berjaya? Usaha dan ikhtiar adalah dari anda. Allah SWT yang tentukan kejayaan. Ayuh, teruskan kerja mulia ini. Berikan kesedaran seluasnya kepada umat Islam di Malaysia untuk mengutamakan produk/bisnes umat Islam sendiri berbanding orang kafir. Jangan sampai umat Islam di Malaysia sebagai tuan merempat di negara sendiri akibat terlalu โ€˜bermurah hatiโ€™ memajukan ekonomi orang kafir.

BUY MUSLIM FIRST

Advertisements